1. Berapakah anggaran pendapatan bagi seorang Referral?
Jawapan
Bagi individu yang menjalankan Referral secara sambilan, purata anggaran jumlah pendapatan yang diperolehi ialah lebih dari RM1,000 sebulan.
2. Bolehkah saya menjadikan Astra Referral sebagai kerjaya sepenuh masa?
Jawapan
Boleh malah digalakkan. Pendapatan anda tiada had limitnya.
3. Apakah yang dimaksudkan pendapatan seumur hidup dan bagaimana saya mengetahui sama ada pihak syarikat akan terus membayar saya?
Jawapan
Pihak syarikat akan terus membayar anda selagi Retail Outlet yang anda perkenalkan itu terus menjual barangan Astra. Pihak syarikat mempunyai cara untuk mengenal pasti bahawa anda hidup dan terus menikmati hasil kerja anda. Akan anda perjanjian di antara pihak anda dengan pihak syarikat apabila anda dilantik menjadi Referral nanti.
4. Adakah saya masih layak sekiranya saya sakit?
Jawapan
Ya
5. Apabila saya memohon menjadi Referral secara online, berapa lamakah tempoh untuk saya dipanggil menghadiri sesi latihan?
Jawapan
Pihak syarikat akan mengadakan sesi latihan pada setiap minggu di ibu pejabat di Shah Alam. Namun pihak syarikat akan mempertimbangkan untuk mengatur sesi latihan di kawasan tertentu bergantung kepada jadual yang telah diatur.